Sunday, December 22, 2013

WANITA ~ BEKERJA VS SURI RUMAHTANGGA

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

 A010
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah Al-Jumu'ah ayat 10)

Assalamualaikum.
Segala puji hanya untuk Allah kerana masih memberi peluang untuk lady menitipkan sesuatu sebagai peringatan untuk kita semua. post kali ni, lady mulakan dengan surah Al-Jumu'ah ayat 10.
yang mana menerangkan tentang keperluan kita selain daripada melaksanakan fardu ain, kita juga perlu laksanakan fardu kifayah.

tapi macam lari dari tajuk je kan,, huhu,, sebenarnya post kali ni lady lebih nak membincangkan tentang wanita yang bekerja dengan wanita yang jadi surirumah tangga sepenuh masa.
bagi lady sendiri, lady sendiri bukan surirumahtangga sepenuh masa. lady seorang wanita yang bekerja.

cuba bayangkan, lady kerja ikut shift. so sahabat semua faham jela bila kita kerja shift ni memang xtentu masa. sape setuju dengan lady bila lady cakap wanita yang bekerja ni memang susah nak ade mase lebih bersama keluarga??

itu lah keuntungan bagi wanita yang menjadi surirumahtangga sepenuhnya. mereka dapat luangkan lebih masa bersama keluarga. lady bukan cakap kosong ok. walaupun lady duduk berjauhan daripada suami and lady belum mempunyai zuriat, tapi kehidupan sahabat-sahabat yang berada di sekeliling lady yang menunjukkan sedemikian,,

tapi wanita bekerja juga ade kelebihan ok.. kami yang bekerja ni dapat meringankan beban suami. sebab wanita semua kena ingat bahawa wanita yang baik adelah yang tidak membawa kemudaratan kepada suami.

so,,, walaupun lady seorang wanita yang bekerjaya, lady akan pastikan masa bersama keluarga tetap ade.sahabat semua jangan jadikan alasan kita kerja so semua kerja rumah kita tak nak buat... haha,, tak boleh lagu tu kan,,

kepada sang suami pun kenalah memahami isteri anda. anda yang membenarkan isteri anda untuk kerja so kena selalu faham dan bertolak ansur ok ^_^

wanita semua tak kisah la kita ni kerja tau tidak,, ape yang penting tanggungjawab kita sebagai seorang isteri, anak, dan pekerja tu perlu kita lakukan dengan amanah ok.. kurangkan merungut ye! hehe,,

syukran!
Ma'as salamah wailal liqa'
lady azril

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum readers,
kalau dah baca bolehlah tinggalkan komen anda disini ye ^_^
syukran!