Assalamualaikum.
segala puji hanya untuk Allah yang masih memberi nikmat rasa kasih dan sayang kepada kita semua. semoga rasa cinta ini terus kekal dan mekar untuk semua insan yang kita sayang dan terutama rasa cinta kita kepda Allah.
lady sentiasa berdoa dan berharap supaya rasa cinta antara kami suami isteri tidak akan pernah pudar ditelan masa dan masalah. semoga masalah dan masa akan lebih mematangkan kami dalam kehidupan berumah tangga.
tapi hidup kita ni tidak akan menjadi lebih indah tanpa dugaan. ujian yang datang adalah untuk menguji nikmat kasih sayang yang telah diberi.terus berdoa semoga pasangan kita akan terus memiliki rasa cinta kita.
sahabat lady semua,
ape sahaja yang ada pada kita sekarang ni adalah ujian buat diri kita. suami,isteri,anak,semua tu adalah ujian dan amanah yang Allah titipkan untuk kita.Allah cuma mahu menguji sedikit nikmat yang telah diberi untuk melihat rasa syukur kita kepadaNya.
jadi sahabat, jangan cepat mengalah, melatah atas ujian yang menimpa.dekatkan diri kepada Allah insyaAllah kita akan rasa ujian tu adalah sesuatu yang manis dalam hidup kita.
i love you my husband till jannah!
syukran!
Ma'as salamah wailal liqa'
lady azril.

No comments:
Post a Comment
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum readers,
kalau dah baca bolehlah tinggalkan komen anda disini ye ^_^
syukran!