Tuesday, December 24, 2013

TELEKUNG CANTIK DAN MURAH2!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah yang sentiasa memberi rahmat dan nikmatNya kepada kita semua. lady memanjatkan kesyukuran setinggi tingginya kerana masih diberi peluang untuk terus bisa menaip blog ni.. wah da keluar ayat indon gitu..hehe

ok kali ni lady nak post tentang telekung lycra. cantik cantik tak??,,
cantik kan.. telekung ni bukan je cantik malah kain lembut, sejuk dan mudah untuk dipakai.

ape yang paling penting,, murah sangat!.. kawan lady ade beli smpai 80 hengget.. tapi lady jual dengan harga rm50 je tau.. murah tak??
hehe..

so ape lagi sahabat semua,, grab la cepat,, tak rugi pun beli telekung,, bukan setakat nak jumpa kekasih je kena cantik cantik tau.tapi nak jumpa kekasih pertama kita iaitu Allah yang paling penting.

baru la nak solat rase tenang sebab kebersihan dan kecantikan serta aurat terpelihara. 

so cepat2!!.. stok terhad k..

syukran!
Ma'as salamah wailal liqa'
Lady Azril.

doa kami hari ini..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
  
Hadis Keempatpuluh
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. " 

Assalamualaikum.
Segala puji hanya untuk Allah yang Maha Besar.. Setinggi tinggi pujian dan kesyukuran kami panjatkan kehadratMu kerana masih membenarkan kami bernafas di bumiMu. kami bersyukur kerana Engkau masih memberi kami ruang dan waktu untuk terus nertaubat dan melakukan amal kebaikan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Maha Suci Engkau Ya Allah yang masih memberi nikmat iman dan islam kepada kami. jangan Kau palingkan hati kami Ya Allah. tetapkan iman kami. berkati hidup kami. rahmati kami dan murahkanlah rezeki kami Ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenanganMu, pertolonganMu, cahayaMu, keberkatanMu,dan petunjukMu.dan kami bermohon perlindunganMu darikejahatan yang ada.

sesungguhnya hanya Engkau yang memperkenankan doa kami hari ini Ya Allah. perkenankan doa kami Ya Allah. amin..

Alhamdulillah,, selesai doa kita untuk pagi ni.. semoga urusan sahabat semua dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. macam dalam hadis 40 di atas, masa yang ada kita jangan lengahkan atau biarkan je ok..

mulakan hari ni dengan langkah kanan dan bismillah.. sebelum keluar rumah baca bismillahi tawakaltu allah
kejahatan yang ada.

Monday, December 23, 2013

BERCINTA DAN BERBAHAGIALAH!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum.
segala puji hanya untuk Allah yang masih memberi nikmat rasa kasih dan sayang kepada kita semua. semoga rasa cinta ini terus kekal dan mekar untuk semua insan yang kita sayang dan terutama rasa cinta kita kepda Allah.

lady sentiasa berdoa dan berharap supaya rasa cinta antara kami suami isteri tidak akan pernah pudar ditelan masa dan masalah. semoga masalah dan masa akan lebih mematangkan kami dalam kehidupan berumah tangga.

tapi hidup kita ni tidak akan menjadi lebih indah tanpa dugaan. ujian yang datang adalah untuk menguji nikmat kasih sayang yang telah diberi.terus berdoa semoga pasangan kita akan terus memiliki rasa cinta kita.

sahabat lady semua,
ape sahaja yang ada pada kita sekarang ni adalah ujian buat diri kita. suami,isteri,anak,semua tu adalah ujian dan amanah yang Allah titipkan untuk kita.Allah cuma mahu menguji sedikit nikmat yang telah diberi untuk melihat rasa syukur kita kepadaNya.

jadi sahabat, jangan cepat mengalah, melatah atas ujian yang menimpa.dekatkan diri kepada Allah insyaAllah kita akan rasa ujian tu adalah sesuatu yang manis dalam hidup kita.

i love you my husband till jannah!
syukran!
Ma'as salamah wailal liqa'
lady azril.

Sunday, December 22, 2013

WANITA ~ BEKERJA VS SURI RUMAHTANGGA

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

 A010
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah Al-Jumu'ah ayat 10)

Assalamualaikum.
Segala puji hanya untuk Allah kerana masih memberi peluang untuk lady menitipkan sesuatu sebagai peringatan untuk kita semua. post kali ni, lady mulakan dengan surah Al-Jumu'ah ayat 10.
yang mana menerangkan tentang keperluan kita selain daripada melaksanakan fardu ain, kita juga perlu laksanakan fardu kifayah.

tapi macam lari dari tajuk je kan,, huhu,, sebenarnya post kali ni lady lebih nak membincangkan tentang wanita yang bekerja dengan wanita yang jadi surirumah tangga sepenuh masa.
bagi lady sendiri, lady sendiri bukan surirumahtangga sepenuh masa. lady seorang wanita yang bekerja.

cuba bayangkan, lady kerja ikut shift. so sahabat semua faham jela bila kita kerja shift ni memang xtentu masa. sape setuju dengan lady bila lady cakap wanita yang bekerja ni memang susah nak ade mase lebih bersama keluarga??

itu lah keuntungan bagi wanita yang menjadi surirumahtangga sepenuhnya. mereka dapat luangkan lebih masa bersama keluarga. lady bukan cakap kosong ok. walaupun lady duduk berjauhan daripada suami and lady belum mempunyai zuriat, tapi kehidupan sahabat-sahabat yang berada di sekeliling lady yang menunjukkan sedemikian,,

tapi wanita bekerja juga ade kelebihan ok.. kami yang bekerja ni dapat meringankan beban suami. sebab wanita semua kena ingat bahawa wanita yang baik adelah yang tidak membawa kemudaratan kepada suami.

so,,, walaupun lady seorang wanita yang bekerjaya, lady akan pastikan masa bersama keluarga tetap ade.sahabat semua jangan jadikan alasan kita kerja so semua kerja rumah kita tak nak buat... haha,, tak boleh lagu tu kan,,

kepada sang suami pun kenalah memahami isteri anda. anda yang membenarkan isteri anda untuk kerja so kena selalu faham dan bertolak ansur ok ^_^

wanita semua tak kisah la kita ni kerja tau tidak,, ape yang penting tanggungjawab kita sebagai seorang isteri, anak, dan pekerja tu perlu kita lakukan dengan amanah ok.. kurangkan merungut ye! hehe,,

syukran!
Ma'as salamah wailal liqa'
lady azril

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

 A156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
 surah Al-Baqarah ayat 156.

Assalamualaikum.
lady mulakan post kali ni dengan surah Al-Baqarah ayat 156 seperti di atas. kenapa agaknye ye,,? sahabat yang dirahmati Allah,, kebanyakan daripada kita hari ni seperti terlupa atau lupa tentang penggunaan ayat "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un".

lady rase terpanggil untuk menaip tentang ayat ni bagi membetulkan persepsi diri kita semua. termasuklah diri lady sendiri. sebelum ni kita biase dengar bila berlaku kematian, pasti kita dengar orang menyebut " inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". tapi selalu tak kita dengar orang menyebut " inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" bila sahabat atau sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan atau musibah??
jarang-jarang kan..

contoh yang paling dekat dengan kita semua, seperti banjir besar yang menimpa kat saudara saudara kita yang berada di pantai timur. sahabat semua ade sebut x " inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"?
ha kalau ade Alhamdulillah,, kalau xde, kena la mula belajar dan rajin-rajinkan diri kita tuk menyebut ayat-ayat Allah..

tak rugi pun tau,, daripada kita sebut perkataan yang tak bawa faedah, baik kita sebut nama Allah,, 
so, ingat ye, "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" bukan saja kita guna time ade kematian tapi bila sebarang musibah juga boleh guna.

semoga post ni bawa kebaikan kepada sahabat pembaca serta diri lady sendiri. Sesungguhnya yang kurang, silap dan buruk tu datang daripada diri lady sendiri dan yang terbaik itu hanyalah daripada Allah ^_^

syukran!
ma'as salamah wailal liqa'
lady azril

Ya Allah,,

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Segala puji hanya untuk Allah serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad serta sahabat, kaum keluarga Baginda.

Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa kami, dosa suami kami, kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua kami, kaum keluarga kami, saudara kami, sahabat kami, guru-guru kami, serta umat Nabi Muhammad.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami, lepaskanlah kekakuan daripada lidah kami agar mereka mengerti bicara kami. 

Ya Allah,
janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami. Ya Allah,Engkau Maha Berkuasa membolak balikkan hati manusia, jadikan dan tetapkan hati kami di dalam keimanan dan ketaatan kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk hati kami.

Ya Allah, jadikanlah pasangan kami pembantu dan pendorong kami untuk melakukan ketaatan kepadaMu.

Ya Allah, eratkanlah ikatan kasih kami dan kekalkanlah ia hingga ke syurga FirdausMu.
Ampunilah dosa yang kami lakukan terhadap pasangan kami sendiri Ya Allah. Adakalanya kami tidak tunaikan hak dan kewajipan kami kepada pasangan kami,adakalanya kami khianati kasih sayang dan kepercayaan yang diberikan kepada kami Ya Allah. Adakalanya pasangan kami melakukan dosa dan maksiat tapi kami tidak menegurnya dan menasihatinya Ya Allah.

Jadikanlah kami dan pasangan kami contoh yang terbaik kepada anak-anak kami. Ya Allah, jangan kau biarkan perangai buruk kami di warisi oleh anak-anak kami.

Ya Allah, jadikanlah mereka zuriat - zuriat yang soleh, lembutkanlah hati-hati mereka Ya Allah, masukkanlah nur dan hidayahMu ke dalam hati-hati mereka.


 

Amin.

Ma'as salamah wailal liqa'
lady azril+Lyssa Faizureen +farah lee +